AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Oktober 24, 2013

Kursus Intensif CTA Coronary


Kursus Intensif CTA Coronary telah dijalankan pada:

Tarikh: 24 Oktober 2013
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik CT Scan, Jabatan Radiologi, PPUKM.

Kursus ini dikendalikan oleh En. Mazli Mohamad Zin. Penceramah jemputan adalah En. Safwan Hashim. Semua peserta didedahkan dengan penerangan mengenai persediaan pesakit, persiapan bilik dan alatan sebelum pemeriksaan, teknik scanning yang betul dan pemprosesan imej untuk CTA koronari. Seramai 15 orang peserta telah mengambil bahagian didalam kursus yang diadakan.

Semua peserta diberi peluang untuk mengendalikan proses scanning yang dijalankan dan proses rekonstraksi imej pesakit yang telah dijalankan. Peserta kursus yang menghadiri kursus yang diadakan berpuas hati dan memahami teknik yang dijalankan. Di harapkan akan terdapat kursus yang seumpamanya dijalankan pada masa hadapan.

CME Bulan Oktober 2013: Proctogram


CME Bulan Oktober 2013 telah di sampaikan oleh En. Nor Azha Aziz. Tajuk yang disampaikan pada kali ini adalah Proctogram. CME telah berlangsung pada:

Tarikh: 23 Oktober 2013
Masa: 1.00-2.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi.

Antara kandungan CME yang dijalankan adalah mengenai mengapa prosedur perlu dijalankan, persediaan pesakit sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan. Beliau juga menerangkan secara jelas berpandukan video yang disediakan mengenai cara untuk membuat bancuhan barium yang betul.CME yang disampaikan telah menarik minat untuk para peserta bertanyakan beberapa soalan kepada penceramah.

Rabu, Oktober 23, 2013

Perhimpunan pagi 23 Oktober 2013...


Perhimpunan pagi pada hari ini di kendalikan oleh Pn. Halimah Abd. Ghani. Beliau telah menyampaikan satu artikel yang bertajuk 7 Sunnah hebat:
7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Selepas sahaja perkongsian arikel di lakukan, pengumuman telah dibuat oleh En. Zainoddin tentang tabung untuk Bilik Solat dibuat. Kepada semua boleh membuat sumbangan kepada tabung yang disediakan.