Perhimpunan pagi 6/2/2013 telah diadakan pada hari ini. Perhimpunan hari di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Tajuk pengisian pada pagi ini adalah mengenai memberi maaf.
Mengapa
sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu
melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina
dan diumpat?
Andainya
kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai
hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam
pemaaf.
Lunakkan
hati dengan renungan ini: Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna
kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang
mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’ dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik
terhadap kita.
Bila ada
orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia
akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan
kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita,
tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita
jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan
kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.
Ingatlah
bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala
kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu
melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap
marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita
marah pada ALLAH. Kita berkata “ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini.”
Bila orang
bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH
takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama
ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa
‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita
hanyalah sebagai perantaraan sahaja.
Bila sedar
bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH,
seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi
perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar
terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan
kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
Seandainya
kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi
kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga
akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.
Memberi
kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat
segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian
yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH
sedang murka terhadap dosa-dosa kita.
Perhimpunan kemudiaannya disusuli dengan mesyuarat ringkas mengenai masalah semasa menjalankan pemeriksaan radiografi mudahegrak di NICU.