AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Selasa, Oktober 23, 2012
Jumaat, Oktober 19, 2012
Kumpulan BenuaCIPTA telah memenangi anugerah 3 bintang dalam National Inovative Creative Circle Convention (NICC) 2012.
Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012
Fasilitator - Dr. Nik Azuan Nik Ismail
Ketua Kumpulan - Metdahie Bujang
Penolong Ketua - Mohd Azhar Mhd Arshad
Setiausaha - Mohd Fadzri Sulaiman
Ahli kumpulan
Ruzi Abdullah
Erliananiza Mohd Salim
Siti Farizwana Mohd Ridzwan
Zarina Ramli
Nur Hamizah Ali
Siti Fatimah Hussin
Siti Salwani Ali
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam National Convention in Quality Control Circle (Peringkat Kebangsaan).
Kejayaan ini merupakan satu bukti jelas dalam peningkatan dan pengekalan kejayaan untuk aktiviti KIK di Pusat Perubatan UKM. Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan BenuaCIPTA yang telah bertanding pada kali ini:
Ketua Kumpulan - Metdahie Bujang
Penolong Ketua - Mohd Azhar Mhd Arshad
Setiausaha - Mohd Fadzri Sulaiman
Ahli kumpulan
Ruzi Abdullah
Erliananiza Mohd Salim
Siti Farizwana Mohd Ridzwan
Zarina Ramli
Nur Hamizah Ali
Siti Fatimah Hussin
Siti Salwani Ali
Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 2 hari ini berlangsung dari 16-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua ahli kumpulan.
Khamis, Oktober 18, 2012
Kumpulan Sinaran berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa.
Keputusan Konvensyen ICQCC (Peringkat Antarabangsa) 2012
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi Anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia bagi stream F ini mempersembahkan projek yang bertajuk "Reducing Dose Reduction in Mobile Radiography Examination".
Kumpulan Sinaran terdiri daripada 10 orang ahli dan seorang fasilitator. Berikut adalah senarai ahli kumpulan sinaran yang telah terlibat didalam konvensyen yang diadakan pada kali ini:
Fasilitator
Dr. Faizah Mohd Zaki
Ketua Kumpulan
Mazli Mohamad Zin
Setiausaha
Wan Noor Afzan Wan Sulaiman
Ahli-ahli kumpulan
Sa’don Samian
Roslaili Mohamed
Mohamad Norman Mohd Nordin
Fazlina Mohd Amin
Halimah Abd. Ghani
Muhd. Nizam Mohd Sobri
Farahana Idayu Mamat
Hairul Amri Mohamod
Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 4 hari ini berlangsung dari 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Isnin, Oktober 01, 2012
Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja
Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja Jabatan Radiologi telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
Tarikh: 28-30 September 2012
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 8.30 am - 11.00 pm
Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara kakitangan Jabatan Radiologi dan memberikan maklumat terkini mengenai prosedur kerja di Jabatan Radiologi. Kursus yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi ini adalah kursus kali ke-10 diadakan. Semua peserta berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan pada tahun ini. Semoga kursus seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.
Langgan:
Catatan (Atom)