Sanggar kerja Jabatan Radiologi telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11th - 12th October 2011
Tempat : Pullman Hotel Putrajaya Malaysia
Sanggar kerja ini diadakan untuk membuat perancangan jangka panjang hala tuju jabatan untuk 5 tahun akan datang yang perlu dirangka lebih awal. Perancangan jangka pendek dalam menentukan hala tuju jabatan pada tahun 2012 perlu dirangka dengan teliti yang melibatkan semua kakitangan pengurusan jabatan. Keperluan peringkat jabatan perlu diracang lebih awal bagi membuat unjuran pada tahun 2012 supaya perlaksanaannya berjalan lancar dan teratur. Permohonan bajet perlu dirancang lebih awal supaya pihak yang bertanggungjawab dapat membuat semakan dengan baik. Perlaksanaan bagi program penyelidikan, latihan dan bengkel pada tahun 2012 dapat disusun secara teratur supaya segala program yang dirancang akan berjalan lancar. Pembahagian tugas kakitangan dapat diagihkan secara berkesan dan boleh bekerja secara berkumpulan.
Objektif sanggar kerja pada kali ini adalah untuk:
- Merancang dan merangka hala tuju jabatan dalam tempoh 5 tahun akan datang dan sepanjang tahun 2012.
- Merangka keperluan jabatan bagi 5 tahun akan datang dan pada tahun 2012 dari aspek perjawatan kakitangan, keperluan peralatan dan infrastruktur.
- Merangka bajet bagi keperluan yang telah ditetapkan untuk diajukan kepada pihak pengurusan atasan.
- Merancang latihan dan bengkel sepanjang tahun 2012.
- Membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan.
- Memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan bagi memastikan objektif jabatan untuk memberikan perkhidamatan yang berkualiti kepada pelanggan sentiasa di tahap yang membanggakan
Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini telah dijalankan dengan jayanya.